PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Jumaat, Julai 02, 2010

perkhidmatan Tanpa BATASAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKB menggunakan satu tag-line PERKHIDMATAN TANPA BATASAN, ia lebih mebwa makna mendalam dan penerimaan tanpa syarat terhadap apa jua masalah yang datang. Komitmen 4 orang kaunselor sedia memberikan perkhidmatan terbaik demi mencapai sasaran kami 100% pelajar menerima perkhidmatan. Berteraskan teknik kaunseling, unit ini tidak hanya terikat dengan satu-satu jenis pekhidmatan malah ia meliputi bimbingan terhadap kerjaya, kemahiran, sahsiah dan sebagainya. oleh itu sebagai pelajar khususnya dari SMKKB sendiri amat dialu-alukan untuk mendapatkan bantuan anda dari unit kami. Kerana kami akan memberi perkhidmatan tanpa batasan.

Selasa, Mei 25, 2010

Punca pergeseran

Kebanyakan kes salah laku disiplin dikalangan pelajar sesi petang adalah berpunca daripada kekurangan kemudahan asas. hasil kajian kami mendapati 53% kes adalah di dalam kelas, 35% kes di kantin semasa rehat dan selebihnya di lain-lain tempat. kes di dalam kelas meletakkan banyak faktor lagi sebagai punca dan boleh diklasifikasikan kepada iaitu Bahasa/adat Budaya, Pergaulan, Kerjarumah/sesi pembelajaran dan keperluan asas dalam kelas. Kajian mendapati pelajar menjadi semakin tidak terurus apabila saat pertukaran masa selepas rehat, dan awal waktu pembelajaran.
Sayugia satu penyelesaian awal bagi menangani permasalahan ini adalah sangat rumit dan memerlukan kepada banyak buah fikiran. Walau apapun pada pandangan saya ialah kurangkan pergerakan kerusi meja di antara kelas. Keadaan ini boleh dihadapi dengan adanya sumbangan luar berbentuk meja dan kerusi. Pertambahan murid yang jelas semakin banyak adalah penyumbang utama kepada kekurangan kemudahan tersebut.

Keprihatinan Kami dan anda

Sejak kebelakagan ini saya sering dikunjungi oleh ibu atau bapa yang sangat prihatin kepada prestasi dan keperluan anaknya. Kebiasaannya ibu bapa akan hadir apabila ada surat dari unit Disiplin berkaitan disiplin anak jagaan mereka. Namun trend ini semakin berubah setelah kebanyakan ibu bapa prihatin akan datang menemui guru berkenaan semata-mata ingin tahu tentang prestasi anak masing-masing. Sayugia ingin di ceritakan disini berkaitan dengan gaya pendidikan anak2 dirumah akan saya kupas di lain masa. Sungguhpun begitu kemungkinan hari terbuka akan ada pada 3 JUlai 2010. disanalah nanti perlbgai maslah anak akan dibantu jawab oleh pihak kaunsleing semampunya.

Rabu, Februari 24, 2010

Kenali IPTA anda

Universiti di Malaysia

1. Universiti APEX - USM

2. Universiti Penyelidikan - UM, UPM, UKM, USM

3. Universiti Komprehensif - UITM, UIAM, UMS, UNIMAS

4. Universiti Berfokus -
Pendidikan - UPSI
Teknologi Kejuruteraan - UTHM, UMK, UTeM, UMP, UMT, UniMAP
Sains Teknologi - USIM, UTM
Pengurusan - UUM, UDM
Ketenteraan - UPNM

Ayuh Ke bilik Kaunseling

Anda BERMASALAH? anda memerlukan BANTUAN? tiada tempat meluahkan dan malu untuk menyatakan isi hati? dimanakah tempatnya? Jangan susah hati dan jangan gundah gulana kerana kami di UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING sedia membantu anda. Apa jua masalah anda, apa jua situasi sukar yang anda hadapi kami bersedia memberikan yang terbaik. Dalam semua bidang dan semua hal. Bermasalah memilih KERJAYA, GAYA BELAJAR, KELIRU, masalah PERIBADI, RAHSIA, @ apa jua kami sedia menerima anda. kerana KEPRIHATINAN KAMI MILIK ANDA