PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Khamis, Januari 24, 2013

MEMUJILAH rakan-rakanku

Semuanya berlaku secara normal dan semakin disedari.. dah 3 minggu  bekerja dengan 2 kali sabtu kokurikulum, minggu terakhir dimulakan dengan sukantara yang semestinya menyebabkan kepenatan dan lesu diwaktu petang.. apa yang saya maksudkan ialah bagaimana sebuah takwim perancangan 2013 yang dibuat tahun lalu menyebabkan letusan idea dan berbagai aktiviti yang semakin menampakkan kreativiti dan workerholic barisan guru yang tidak jemu untuk memberikan sesuatu ilmu, pengalaman dan kesan terhadap pelajar... Namun secara sinis kami unit bimbingan sangat menggalakkan agar guru mengamalkan guru penyayang dan antaranya memuji dan memberikan dorongan sebagai tanda motivasi. Sebaik selepas melaksanakan tugasan mahupun acara padang, guru digalakkan memuji dan beri kata semangat sebagai tanda kita menghargai orang yang telah mengikut arahan kita lantas berjaya melaksanakannya. Apalah sangat dengan pujian dan ucapan tahniah berbanding dengan hasil kerja yang boleh memuaskan hati kita oleh itu jangan malu dan kedekut untuk menyatakan tahniah.. bagus.. well done.. good job dan sebagainya.. mungkin produktiviti akan lebih baik lagi sapa tahu... Jadi cubala wahai guruku sayang.....