Kebanyakan guru akan bermasalah apabila berdepan dengan anak didiknya yang berlainan bangsa. Bebanan ini ditambah lagi dengan kelemahan menguasai pelajaran di kalangan murid kelas belakang. Ketika inilah mana-mana guru aliran Maktab mula stabil dan mampu mengawal keadaan. Apakah ini adalah satu petanda bahawa guru bukan aliran maktab perguruan tidak berkualiti?
Ramilah yang akan berkecil hati jika ini konklusi terhadap kelemahan menangani urid berkenaan. Adalah tidak adil meletakkan sesuatu kelemahan itu terus menerus kepada guru semata-mata. Juga adalah satu yang memalukan juga jika kita asyik menuding jari kepada murid tersebut.
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR
Memaparkan catatan dengan label ARTIKEL. Papar semua catatan

Rabu, Jun 04, 2014
Selasa, Mei 06, 2014
Media Sosial di sekolah
Medium perhubungan melalui jaringan mula mendapat tempat. Pengguaan android dan APPS yang tumbuh bagai cendawan semakin banyak dan menarik minat remaja untuk turut serta. Teknologi terkini tersebut menjadikan generasi kita lebih leka dengan apps masing-masing. Etika mengunakan teknologi tersebut menyebabkan banyak implikasi sama ada positif atau negatif. Jika ingin disenaraikan semua apps tersebut pasti tidak cukup muka surat. Kelompok Profesional lebih menjurus kepada penggunaan Whats Apps yang lebih meluas walau hanya 50 participant. Remaja pula lebih suka menggunakan Wechat. 'Hebatnya" hanya itu yang mampu diluahkan. Di Sekolah guru aktif dengan group whatapps menggunakan "Wayerless" Wifi. Murid pula tidak diberi peluang untuk menggunakan teknologi ini. Bagi murid yang agak degil dan membawa alat eletronik android akhirnya juga dapat dikesan melalui wechat. Perbincangan kali ini lebih kepada menyebut tentang kemudahan ini di sekolah sedikit masa lagi admin akan bercerita tentang etika menggunakan media sosial ini.
Coretan kata
Hidup perlukan pengorbana jika mahukan kejayaan. Sebanyak mana kita mahu kejayaan menjengah kita haruslah kita selaraskan dengan usaha yang kita patut ada. Andai nak berjaya jangan pula asyik menuding jari mencari kesalahan orang lain. Big thinking dan Thinking Positive. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabmusabab. Terima keadaan yang ada dengan rela hati. jangan cepat mengalah.. orang jawa kata cengeng asyik menangis dan mudah putus asa. Walaupun sesuatu hal itu bukan atas kesalahan kita namun secara adabnya cubalah menerima keadaan seadanya.. tak gituu ayuh gapailah kejayan yang semakin menjengah.
Khamis, Januari 23, 2014
Selamat Datang 2014
Bemula sudah sesi persekolahan sesi 2014. Negeri Johor menempa sejarah baru dengan pertkaran hari bekerja kepada yang asal iaitu cuti hari Jumaat dan Sabtu. Maka peluang bapa untuk mendidik anak-anak solat Jumaat di masjid semakin ada ruang. Musim baru sesi baru maka segalanya memerlukan perancangan baru. Takwim UBK juga diselaraskan dengan wajah baru. Sekiranya anda berminat boleh muat turun
Khamis, April 12, 2012
TEST PSikologi ANDA
Suatu hari anda di rumah, berlaku 5
perkara serentak yang perlu anda ambil perhatian iaitu:
1.Telefon berbunyi
2.Bayi anda tiba-tiba menangis
3.Seseorang mengetuk pintu rumah/loceng rumah anda berbunyi
4.Tiba-tiba hujan hendak turun dengan lebat dan ada baju kering di ampaian
5.Air yang anda tadah di dapur melimpah
Susunkan apa yang anda akan buat dahulu mengikut turutan.
Ok dah susun?
Selepas anda buat keputusan, anda boleh lihat jawapan di bawah. Setiap keputusan menunjukkan kepentingan kita dalam kehidupan.
1.telefon simbolik kepada kerja/kerjaya anda
2.bayi simbolik kepada keluarga anda
3.orang yang datang ke rumah simbolik kepada kawan-kawan
4.baju-baju simbolik kepada kehidupan seksual
5.air melimpah simbolik kepada duit/harta benda/kekayaan
Adakah ujian ini sama dengan kepentingan anda dalam kehidupan?? Fikir-fikirlah sendiri....
Selasa, November 08, 2011
13 MITOS KAUNSELING HARUS KITA TAHU
Mitos 1:
Kaunseling hanya untuk mereka yang gagal dan mempunyai masalah emosi yang serius.
Fakta :
Kebiasaannya sesi kaunseling disertai oleh individu yang mempunyai masalah yang biasanya kita hadapi sehari-hari. Apabila masalah ini berlanjutan tanpa diselesaikan, ia akan mendatangkan tekanan kepada individu. Tekanan timbul apabila berlaku perubahan dalam kehidupan dan perkara ini menyebabkan individu tersebut memerlukan pertolongan dari kaunselor. Kaunseling juga membantu individu yang:
- mempunyai masalah rendah diri, komunikasi atau as ertif
- mempunyai masalah belajar atau gemuruh ketika peperiksaan
- mempunyai masalah dal am penyesuaian di tempat belajar atau kerja
Mitos 2:
Mendapatkan perkhidmatan kaunseling lambang kelemahan kita.
Fakta :
Mereka yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling tidak lemah! Malah ia memerlukan satu kekuatan, celik akal dan kesungguhan untuk membuat perubahan kepada diri. Individu yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling mengambil langkah pertama dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka menjalankan tanggungjawab kepada hidup mereka.
Mitos 3:
Kaunselor akan ‘menyelesaikan’ masalah anda.
Fakta :
Kaunselor tidak menyelesaikan masalah untuk anda. Tetapi kaunselor akan membantu anda untuk meneroka perasaan dan pemikiran anda untuk melihat pilihan-pilihan yang anda ada untuk mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.

Mitos 4:
Kaunselor tidak dapat memahami saya melainkan kaunselor itu mempunyai pengalaman atau latar belakang yang sama dengan saya.
Fakta:
Kaunselor dilatih untuk mendengar luahan dan menghormati perbezaan hidup dan pengalaman antara individu termasuklah perbezaan jantina, bangsa, kecacatan, agama, umur, taraf ekonomi dan lain-lain perbezaan.
Mitos 5:
“Tiada siapa yang boleh mengarahkan saya”
Fakta:
Tugas seorang kaunselor bukan untuk mengarah-arahkan anda. Malah, kaunselor akan membantu anda meneroka penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi dan membantu anda mencapai matlamat.
Mitos 6:
Sekiranya saya menjalani sesi kaunseling, ia akan menjadi sebahagian daripada rekod akademik saya.
Fakta:
Rekod kaunseling tidak dicampuradukkan dengan rekod akademik dan ia dilindungi oleh undang-undang. Maklumat sesi kaunseling hanya boleh didedahkan atas persetujuan pelajar (bertulis) atau berkaitan dengn perintah mahkamah.
Mitos 7:
“Kaunseling tidak berkesan. Saya telah mencubanya”
Fakta:
Proses kaunseling berbeza untuk setiap kaunselor dan masalah. Jadi jangan berputus asa untuk mencuba lagi.
Mitos 8:
Seseorang yang tidak mengenali saya tidak boleh membantu saya.
Fakta:
Ini adalah salah satu sebabnya kaunseling boleh berjaya. Proses kaunseling bergantung kepada kaunselor yang tidak berat sebelah terhadap sesi kaunseling. Kaunseling melibatkan hubungan yang unik dan kaunselor mempercayai bahawa anda mempunyai potensi diri untuk berjaya.
Mitos 9:
Kaunselor boleh membaca minda individu lain.
Fakta:
Kaunselor tidak mempunyai kuasa (ghaib) untuk membaca minda. Walau bagaimanapun, melalui latihan kaunselor mempelajari untuk membuat pemerhatian dan mendengar dengan teliti kepada kliennya. Melalui proses tersebut kaunselor dapat mengetahui perkara tentang diri klien yang tidak disedari oleh klien sendiri.
Mitos 10:
Kaunseling berlanjutan dalam tempoh yang lama.
Fakta:
Tempoh kaunseling bergantung kepada keunikan matlamat klien dan kesukaran cabaran yang dihadapinya. Kaunseling jangka masa pendek memfokuskan kepada penyelesaian masalah dan isu yang terperinci. Kaunseling jangka masa panjang pul a memfokuskan kepada perkembangan peribadi klien.
Mitos 11:
Semua orang akan tahu saya pergi mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
Fakta:
Kaunselor dibatasi dengan kerahsiaan dan tidak akan membincangkan masalah anda kepada pengetahuan umum. Setiap kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan kepada anda. Orang lain hanya akan tahu anda mendapatkan perkhidmatan kaunseling sekiranya anda yang mengumumkannya.
Mitos 12:
Kaunselor akan mempengaruhi saya untuk menentang keluarga saya.
Fakta:
Hakikatnya kaunselor akan memberikan galakkan dan sokongan kepada anda untuk melahirkan hubungan yang sihat dan lebih bermakna dengan ahli keluarga dan orang di sekeliling anda.
Mitos 13:
“Dia yang memerlukan kaunseling. Bukan saya!”
Fakta:
Kita hanya mampu mengawal tingkahlaku dan tindakan kita terhadap orang lain. Perkara yang berkesan untuk membuat perubahan dalam perhubungan ialah dengan merubah tingkahlaku kita sendiri.
DIPETIK DARI CATATAN : Nur Farahzawanah Ali

Sumber:
Northcentral Technical College Counseling
Center (2008), Myths About Counseling. Diambil dari web: http://www.ntc.edu/pdf/counseling/Myths%20About%20Counseling%2008%2007.pdf pada 30 Jun 2010
Department of Counseling and Educational
Development, The University of north Carlorina, Greenboro (2010). Fifteen
Common Myths People Believe About Counseling. Diambil dari web:http://www.uncg.edu/ced/bbandb/index_files/Page1013.htm pada 30 Jun 2010.
Selasa, Mei 25, 2010
Punca pergeseran
Kebanyakan kes salah laku disiplin dikalangan pelajar sesi petang adalah berpunca daripada kekurangan kemudahan asas. hasil kajian kami mendapati 53% kes adalah di dalam kelas, 35% kes di kantin semasa rehat dan selebihnya di lain-lain tempat. kes di dalam kelas meletakkan banyak faktor lagi sebagai punca dan boleh diklasifikasikan kepada iaitu Bahasa/adat Budaya, Pergaulan, Kerjarumah/sesi pembelajaran dan keperluan asas dalam kelas. Kajian mendapati pelajar menjadi semakin tidak terurus apabila saat pertukaran masa selepas rehat, dan awal waktu pembelajaran.
Sayugia satu penyelesaian awal bagi menangani permasalahan ini adalah sangat rumit dan memerlukan kepada banyak buah fikiran. Walau apapun pada pandangan saya ialah kurangkan pergerakan kerusi meja di antara kelas. Keadaan ini boleh dihadapi dengan adanya sumbangan luar berbentuk meja dan kerusi. Pertambahan murid yang jelas semakin banyak adalah penyumbang utama kepada kekurangan kemudahan tersebut.

Selasa, September 08, 2009
Apakah Kaunseling
Pengertian Kaunseling mengikut Akta 580 (Akta Kaunselor 1998) :
Suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

Langgan:
Catatan (Atom)