PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Ahad, November 06, 2011

Kem Akademik SPM GPMS

Batu Layar menjadi destinasi kem GPMS yang terbaru. Bersama 6 orang guru SMKKB dan 32 orang pelajar SPM yang sangat bersemangat menjalani aktiviti di Batu Layar Beach Resort. Suasana yang nyaman dan pemandangan yang indah sangat menarik hati disamping aktiviti yang sangat santai tetapi berkhasiat. Nikmati gambar-gambar mereka riang ria di pantai nan indah. klik kat link di bawah

http://www.flickr.com/photos/ubksmkkb/?saved=1

1 ulasan:

KRK SMK Kulai Besar berkata...

Bagi pihak Jawatankuasa GPMS SMK Kulai Besar, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah membantu menjayakan Kem Akademik SPM Yayasan GPMS pada 30-31 Oktober 2009. Guru-guru yang terlibat ialah kaunselor, Encik Fadzeli, Ustaz Erwan, Puan Nora Abdullah, Puan Zaharah Latiff, Puan Norul Farrah Jaafar dan Cik Zakiah Shokhaimi. Juga kepada Puan Norintan Mohamed yang telah sudi hadir untuk menutup rasmi kem tersebut bagi pihak Pengetua.

Terima kasih juga kepada Jawatankuasa HIKMAH, Koperasi SMKKB Berhad, Yayasan GPMS dan Majlis Permuafakatan Sekolah yang telah menaja semua perbelanjaan kem.

Tahniah kepada semua murid yang terlibat kerana telah mematuhi arahan dan menepati masa, selain menumpukan perhatian dalam semua aktiviti akademik dan bukan akademik. Seingat saya, inilah kem yang paling mudah diurus dan paling menggembirakan, kerana sebagai tenaga penganjur, belum pernah lagi ada kem seperti ini, di mana murid benar-benar menjaga kelakuan dan berdisiplin. Tahniah kepada murid-murid 5 Amal dan 5 Bakti yang menyertai kem. Selamat maju jaya dalam SPM 2009.


CIKGU ZAKIAH