PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Selasa, Mei 25, 2010

Punca pergeseran

Kebanyakan kes salah laku disiplin dikalangan pelajar sesi petang adalah berpunca daripada kekurangan kemudahan asas. hasil kajian kami mendapati 53% kes adalah di dalam kelas, 35% kes di kantin semasa rehat dan selebihnya di lain-lain tempat. kes di dalam kelas meletakkan banyak faktor lagi sebagai punca dan boleh diklasifikasikan kepada iaitu Bahasa/adat Budaya, Pergaulan, Kerjarumah/sesi pembelajaran dan keperluan asas dalam kelas. Kajian mendapati pelajar menjadi semakin tidak terurus apabila saat pertukaran masa selepas rehat, dan awal waktu pembelajaran.
Sayugia satu penyelesaian awal bagi menangani permasalahan ini adalah sangat rumit dan memerlukan kepada banyak buah fikiran. Walau apapun pada pandangan saya ialah kurangkan pergerakan kerusi meja di antara kelas. Keadaan ini boleh dihadapi dengan adanya sumbangan luar berbentuk meja dan kerusi. Pertambahan murid yang jelas semakin banyak adalah penyumbang utama kepada kekurangan kemudahan tersebut.

Keprihatinan Kami dan anda

Sejak kebelakagan ini saya sering dikunjungi oleh ibu atau bapa yang sangat prihatin kepada prestasi dan keperluan anaknya. Kebiasaannya ibu bapa akan hadir apabila ada surat dari unit Disiplin berkaitan disiplin anak jagaan mereka. Namun trend ini semakin berubah setelah kebanyakan ibu bapa prihatin akan datang menemui guru berkenaan semata-mata ingin tahu tentang prestasi anak masing-masing. Sayugia ingin di ceritakan disini berkaitan dengan gaya pendidikan anak2 dirumah akan saya kupas di lain masa. Sungguhpun begitu kemungkinan hari terbuka akan ada pada 3 JUlai 2010. disanalah nanti perlbgai maslah anak akan dibantu jawab oleh pihak kaunsleing semampunya.