PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Rabu, Mei 21, 2014

KEPUTUSAN PERMOHONAN IPTA/ILKA/POLI

Para pelajar lepasan SPM 2013 dan telah membuat permohonan melalui UPU boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvesional, Politeknik METrO dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang merangkumi Kolej Komuniti, IKBN, JMTI, ILP, ADTEC, IKM, KKTM, CIAST bagi sesi akademik 2014/2015 telah boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai hari ini 16 Mei 2014.
Semakan tersebut boleh dibuat melalui 4 pautan ini:

pautan 1
pautan 2
pautan3
pautan 4


Khamis, Mei 15, 2014

tips hadapi ujian


stress hadapi UJIAN

Bahang peepriksaan telah melanda SMKKB. Semua tingkatan mula menongkah masa demi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Peperiksaan yang dihadapi membawa impak besar dalam kedudukan murid di dalam kelas. Rumors mengatakan generasi PBS semakin hilang daya tahan dan tidak alert lagi dengan peperiksaan mgkin salah. Rata-rata murid bergerak bersama nota dan buku. di kantin ..tapak perhimpunan mahupun semasa rehat. Segelintir murid bukan arus PBS juga bersikap yang sama seperti yang dicanangkan. Apakah tandanya.. Bukan semua murid tidak mempedulikan peperiksaan dan bukan semua murid mempunyai inisiatif untuk lebih kehadapan. Pagi tadi sempat saya menarik beberapa orang murid bertanyakan hal peperiksaan hari ini. 2 daripadanya tidak tahu subjek apa yang akan dihadapi manakala 3 lagi penuh yakin mahu menghadapi peperiksaan. Biarpun ianya bersifat setengah tahun namun impaknya adalah kepuasan dan rasa bersaing sesama mereka. Tidak kurang juga murid yang hanya hadir sekolah kerana arahan ibu bapa yang bekerja.. kan guru ni fleksibel.. kejap guru kejap doktor sekejap lagi nursery..

dan lagi petua .....


Selasa, Mei 06, 2014

info feb back


info feb


Media Sosial di sekolah

Medium perhubungan melalui jaringan mula mendapat tempat. Pengguaan android dan APPS yang tumbuh bagai cendawan semakin banyak dan menarik minat remaja untuk turut serta. Teknologi terkini tersebut menjadikan generasi kita lebih leka dengan apps masing-masing. Etika mengunakan teknologi tersebut menyebabkan banyak implikasi sama ada positif atau negatif. Jika ingin disenaraikan semua apps tersebut pasti tidak cukup muka surat. Kelompok Profesional lebih menjurus kepada penggunaan Whats Apps yang lebih meluas walau hanya 50 participant. Remaja pula lebih suka menggunakan Wechat. 'Hebatnya"  hanya itu yang mampu diluahkan. Di Sekolah guru aktif dengan group whatapps menggunakan "Wayerless" Wifi. Murid pula tidak diberi peluang untuk menggunakan teknologi ini. Bagi murid yang agak degil dan membawa alat eletronik android akhirnya juga dapat dikesan melalui wechat. Perbincangan kali ini lebih kepada menyebut tentang kemudahan ini di sekolah sedikit masa lagi admin akan bercerita tentang etika menggunakan media sosial ini.

Coretan kata

Hidup perlukan pengorbana jika mahukan kejayaan. Sebanyak mana kita mahu kejayaan menjengah kita haruslah kita selaraskan dengan usaha yang kita patut ada. Andai nak berjaya jangan pula asyik menuding jari mencari kesalahan orang lain. Big thinking dan Thinking Positive. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabmusabab. Terima keadaan yang ada dengan rela hati. jangan cepat mengalah.. orang jawa kata cengeng asyik menangis dan mudah putus asa. Walaupun sesuatu hal itu bukan atas kesalahan kita namun secara adabnya cubalah menerima keadaan seadanya.. tak gituu ayuh gapailah kejayan yang semakin menjengah.