
Sebenarnya sebaik atau seburuk manapun keputusan anda, anda masih layak untuk meneruskan pengajian anda dimana-manapun selagi anda mahu dan mampu. Perbelanjaan bukanlah alasan kerana sekarang telah banyak bantuan dan pinjaman pelajaran yang boleh memandu kepada kerjaya yang lebih baik. Jangan sangka orang yang berkeputusan baik itu akan layak terus menaiki tangga hingga ke ijazah. Tetapi semuanya adalah bergantung kepada ketekunan dan semangat juang masing-masing.
Era dunia sekarang sememangnya pendidikan menentukan tahap pendapatan namun bukanlah bererti semuanya bergantung kepada sijil semata-mata.. Dunia sekarang telah semakin meminta tenaga mahir yang kelayakan bukan sahaja sijil namun kemahiran dan pengalaman. Malah ianya menjanjikan pendapatan yang tidak disangka-sangka. Oleh itu ketahuilah kemana arah tuju anda sekarang dan ubah sikap menjadi yang terbaik demi untuk masa depan anda.
Berikut diberikan pautan alamat laman yang membolehkan anda mengetahui dimana anda sepatutnya dan layak memohon berdasarkan keputusan SPM anda. Layannnn http://imascu.upu.mohe.gov.my/ selebihnya berdoalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan