PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Memaparkan catatan dengan label KERJAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KERJAYA. Papar semua catatan

Ahad, April 01, 2012

dengan Keputusan SPM Anda Tak tahu kemana?

Keputusan SPM 2012 telah pun di umumkan. Kisah suka duka dan susah senang serta debaran telah terjawab. sebagaimana usaha yang di laksanakan sebegitulah yang anda dapat. Selayaknya anda memiliki keputusan yang sedemikian.. Namun masih ada yang tidak puas hati dan keliru kemanakah atau apakah langkah seterusnya yang boleh dilakukan.. Dimana harus ku tuju IPTA / IPTS / Kolej Swasta? Institut Berasas Kemahiran atau pekerjaan.

Sebenarnya sebaik atau seburuk manapun keputusan anda, anda masih layak untuk meneruskan pengajian anda dimana-manapun selagi anda mahu dan mampu. Perbelanjaan bukanlah alasan kerana sekarang telah banyak bantuan dan pinjaman pelajaran yang boleh memandu kepada kerjaya yang lebih baik. Jangan sangka orang yang berkeputusan baik itu akan layak terus menaiki tangga hingga ke ijazah. Tetapi semuanya adalah bergantung kepada ketekunan dan semangat juang masing-masing. 

Era dunia sekarang sememangnya pendidikan menentukan tahap pendapatan namun bukanlah bererti semuanya bergantung kepada sijil semata-mata.. Dunia sekarang telah semakin meminta tenaga mahir yang kelayakan bukan sahaja sijil namun kemahiran dan pengalaman. Malah ianya menjanjikan pendapatan yang tidak disangka-sangka. Oleh itu ketahuilah kemana arah tuju anda sekarang dan ubah sikap menjadi yang terbaik demi untuk masa depan anda. 

Berikut diberikan pautan alamat laman yang membolehkan anda mengetahui dimana anda sepatutnya dan layak memohon berdasarkan keputusan SPM anda. Layannnn  http://imascu.upu.mohe.gov.my/  selebihnya berdoalah.

Ahad, November 06, 2011

program MARA?

Majlis Amanah Rakyat atau singkatan MARA adalah satu pertubuhan yang menjaga keperluan anak melayu di negara kita. semua sektor keperluan telah dijadikan asas kepada penyediaan wakil anak malayu yang layak dan berkemampuan. Tinggal lagi anak bangsa ku sendiri mahu atau tidak mahu. Bahagian pendidikan MARA sangat menitik beratkan kualiti pengeluaran anak bangsa yang tinggi kualiti dan mampu bersaing di pelbagai peringkat. dari akar umbi telah diwujudkan satu jalinan sistem pendidikan yang terbaik. MRSM, KPTM, KKTM, KPM, UITM, dan banyak lagi cabang pendidikan yang hebat sebagai memenuhi keperluan semasa. BUkan calang-calang yang boleh dapat memasuki bahagian pendidikan MARA. cumanya ramai yang keliru dengan apa yang MARA ada. Lepasan SPM khususnya. Kolej Profesional Mara menawarkan pelbagai kos yang berlainan dari KOlej Poly-Tech Mara, Apa pula fungsi KKTM dan GMI atau MFI, UniKL apa cerita? semuanya menjadi persoalan. sila layari http://www.mara.gov.my/

Maklumat Pogram MARA

Untuk maklumat lanjut berkaitan KPM Klik disini
http://www.scribd.com/doc/31521039/MaklumatprogramKPM

maklumat KKTM
http://www.scribd.com/doc/31521184/MaklumatprogramKKTM

Untuk maklumat GMI
http://www.scribd.com/doc/31521280/MaklumatprogramGMI

cari maklumat anda dan buatlah pilihan

Ahad, April 24, 2011

peluang dan Masa Depan

Hari ini di awal pagi lagi saya telah bergerak ke Dewan Raya Kulaijaya. Ada program besar (gamaknyer) yang bakal berlangsung. Basmidah satu agensi yang sangat asing bagi kita dewasawarsa ini. Namun hakikatnya ia wujud yang kononnya (tak pasti) adalah untuk membantu orang Melayu keluar dari kepompong kemiskinan dan kegagalan. Murni sungguh haatmu maka adalah wajar saya menyokongnya.
Sokongan juga diberi sepenuhnya oleh pihak MDKu, Pejabat Daerah Kulaijaya, PPD Kulaijaya malah Agensi seperti FELDA, YP Mara, Giat Mara Kolej Profesional Mara dan Sponsor terbesar dari KFCH International College. Wah besar juga nih. Press Sinar Harian ada kot.
Program Memperkasakan Pendidikan Komuniti Pelajar Islam Luar Bandar Wilayah Johor Bahru daerah Kulaijaya begitulah nama program (gah kan). Seramai 400 peserta dikalangan pelajar dan 100 dari bekas pelajar dan guru kaunseling termasuk gue. Pelajar dari 6 buah sekolah yang diagihkan peratus kehadirannya tetapi SMKKB tak layak kerana agaknya pelajar kita dari bandar. yelah Bandar Putra.
Saya nak berkongsi tentang peluang selepas SPM kepada pelajar yang tak tahu nak kemana. malah sebelum exam pun dah tak tahu nak jejakkan kaki kemana. Meh datang jumpa ana nanti ana tolong anta lah. so banyak peluang percuma dan sangat best untuk dikongsi. Tinggal lagi anda berminat atau tidak. adios

Jumaat, Januari 21, 2011

Hala tuju Kerjaya selepas SPM

Sebagai pembuka tirai pelajar SPM
akan diadakan seminar hala tuju kerjaya selepas SPM
anda perlu dipandu kemana hala tuju anda selepas ini.
kami ada segala maklumat tersebut namun setakat ini belum ada yang hadir
menerjahkan diri di UBK semata-mata mahu tahu tentang Kerjaya.
untuk itu sebagai langkah yang tidak diundang satu seminar
akan dilaksanakan berperingkat-peringkat mengikut kelas masing-masing.
namun kerjasama anda diperlukan kerana demi masa depan dan hala tuju anda sendiri.
bersama-sama meramaikannya......

Rabu, Februari 24, 2010

Kenali IPTA anda

Universiti di Malaysia

1. Universiti APEX - USM

2. Universiti Penyelidikan - UM, UPM, UKM, USM

3. Universiti Komprehensif - UITM, UIAM, UMS, UNIMAS

4. Universiti Berfokus -
Pendidikan - UPSI
Teknologi Kejuruteraan - UTHM, UMK, UTeM, UMP, UMT, UniMAP
Sains Teknologi - USIM, UTM
Pengurusan - UUM, UDM
Ketenteraan - UPNM