PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Rabu, Mac 23, 2011

Bagaimana mengatasi mulut berbau

Masalah nafas berbau atau nama saintifiknya "halitosis" memang memalukan. Ia paling kerap berlaku ketika bangun dari tidur dan keadaan ini dialami berikutan tiada kegiatan pada kelenjar air liur.

Faktor umum nafas berbau berpunca daripada penjagaan mulut yang tidak sempurna, iaitu apabila gigi tidak dibersihkan dengan betul dan tidak mendapat perhatian khusus sehingga menyebabkan gigi berlubang.

Makanan seperti petai, jering, kerdas, rebung, tempoyak, dan durian boleh menyebabkan nafas berbau. Minuman yang boleh menyebabkan masalah sama ialah teh, kopi dan minuman keras.

Nafas berbau juga dikaitan dengan penyakit tertentu pada saluran penghadaman dan esophagus. Ia juga boleh disebabkan penyakit tonsillitis dan tumor sama ada pada gusi ataupun lidah. Namun begitu, biasanya nafas berbau terjadi kerana masalah gigi seperti gigi berlubang, hidung berdarah dan hingus meleleh.

Berikut adalah panduan untuk mengatasi masalah nafas berbau:
    • Amalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran (selain daripada yang dinyatakan di atas) di dalam setiap menu harian anda.
    • Amalkan pemakanan seimbang setiap hari dan jangan lupa minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
    • Kurangkan pengambilan gula atau sebarang makanan yang terlalu manis untuk menjaga kesihatan gigi, sekaligus mengelakkan penyakit lain seperti kencing manis.
    • Berjumpa doktor gigi setiap enam bulan untuk mendapatkan pemeriksaan.
    • Sebaik-baiknya gosok gigi setiap kali selepas makan, terutamanya selepas mengambil makanan yang berbau seperti petai, jering, kerdas, rebung, tempoyak dan durian.
    • Berus gigi dengan berkesan dan gunakan berus gigi yang bersesuaian dan telah disyorkan oleh doktor gigi. Gunakan juga ubat gigi yang baik.
    • Berkumur-kumur jika tidak sempat memberus gigi selepas makan.
    • Elakkan makanan bergetah seperti durian, nangka dan cempedak kerana ia menggalakkan tonsillitis. Kurangkan juga makanan yang pedas, berempah dan berminyak.

Tiada ulasan: