PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Ahad, April 24, 2011

peluang dan Masa Depan

Hari ini di awal pagi lagi saya telah bergerak ke Dewan Raya Kulaijaya. Ada program besar (gamaknyer) yang bakal berlangsung. Basmidah satu agensi yang sangat asing bagi kita dewasawarsa ini. Namun hakikatnya ia wujud yang kononnya (tak pasti) adalah untuk membantu orang Melayu keluar dari kepompong kemiskinan dan kegagalan. Murni sungguh haatmu maka adalah wajar saya menyokongnya.
Sokongan juga diberi sepenuhnya oleh pihak MDKu, Pejabat Daerah Kulaijaya, PPD Kulaijaya malah Agensi seperti FELDA, YP Mara, Giat Mara Kolej Profesional Mara dan Sponsor terbesar dari KFCH International College. Wah besar juga nih. Press Sinar Harian ada kot.
Program Memperkasakan Pendidikan Komuniti Pelajar Islam Luar Bandar Wilayah Johor Bahru daerah Kulaijaya begitulah nama program (gah kan). Seramai 400 peserta dikalangan pelajar dan 100 dari bekas pelajar dan guru kaunseling termasuk gue. Pelajar dari 6 buah sekolah yang diagihkan peratus kehadirannya tetapi SMKKB tak layak kerana agaknya pelajar kita dari bandar. yelah Bandar Putra.
Saya nak berkongsi tentang peluang selepas SPM kepada pelajar yang tak tahu nak kemana. malah sebelum exam pun dah tak tahu nak jejakkan kaki kemana. Meh datang jumpa ana nanti ana tolong anta lah. so banyak peluang percuma dan sangat best untuk dikongsi. Tinggal lagi anda berminat atau tidak. adios