Jumaat, Mac 09, 2012

KKPC Kem R&R

4 Orang peserta dari tingkatan 4 telah mengikuti kursus kepimpinan pelajar cemerlang di Kem R&R Kota minda pada 2 hingga 4 MAC 2012. Program anjuran Yayasan Warisan Johor berteraskan pemimpin berintegriti dan berjati diri Johor. Unik kan..
Setelah beberapa hari mengikutinya rata-rata peserta semakin teruja dengan aktiviti yang diselaraskan bersama Energy Life... Pak Habib.. Hebat hebat. semoga Program ini menjadi batu asas kepada keputusa yang lebih baik di masa hadapan terutama kepada peserta kursus.. tahniah...ingat Taksim, les dan kopak.heheh
Untuk Gambar sila FB IKLAS

Sabtu, Januari 28, 2012

Tahun Baru Wajah Baru

Kaunselor sangat gembira terutama apabila muncul di tahun baru dengan lebih banyak perancangan dan target yang lebih mesra Klien. 2012 membuka satu lembaran terbaik buat UBK sendiri, satu demi satu perancangan diatur dan bakal dilaksana seperti ; pembelian Vest untuk PRS SMKKB, Pelancaran Program ponteng, Orientasi ting 1 dan 4 serta Modul Guru Penyayang semuanya di bulan Januari.. Kaunselor juga bekesempatan mengikuti Seminar peringkat kebangsaan sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara pada 13 hingga 16 januari yang lalu.