PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Khamis, November 03, 2011

Exam final dah tamat

Peperiksaan Akhir tahun tamat semalam dan hari ini bermulalah kerja-kerja guru menanda, memberi markah dan menaip data ke SAPS... semuanya kerja berat tuu. disamping minggu ini adalah hari Raya Qurban. Oleh kerana jatuh pada hari ahad maka Isnin pula mengambil alih cuti tersebut. Semoga cuti ini membawa seribu makna kepada kita semua.
Bercakap tentang Qurban Saya teringat akan jumlah kurban cinta... setahun dulu ada seorang pelajar menanyakan tentang Jenis Cinta Pengorbanan. Namun saya jawab secara positif iaitu pengorbanan demi kebahagiaan orang yang disayang atau pengorbanan meninggalkan yang tersayang untuk yang dicintai.macam cerita Hindustan tuuu. Tetapi kini pemahaman itu terpaksa ditambah kepada pengorbanan kerana kekecewaan kekasih.
Saya teringat kepada isu bunuh diri yang semakin panas sekarang. Malah ia juga terjadi kepada pelajar saya sendiri. Agama mana yang membenarkan seseorang itu menamatkan riwayat hidupnya sendiri dengan cara bunuh diri.. Terjun bangunan, minum Racun, potong nadi, Gantung diri. Memang mengerikan, Bak tagline di jalan raya Ingatlah Orang Tersayang.
Inilah sebabnya saya sangat-sangat mahu mewujudkan PRS di SMKKB demi membantu kami untuk lebih mendekati pelajar....selamat bercuti semua dan ingatlah tuhan maha penyayang.

Tiada ulasan: