Memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku akan melapangkan dan meringankan bebanan anda. Menyimpan dendam boleh mengakibatkan tekanan dan beban yang berat untuk ditanggung.
Langkah-langkah:- Ingat kembali apa yang telah berlaku.
- Mengakui semua perasaan yang anda alami. Selalunya di sebalik rasa terluka atau sedih terdapat perasaan marah.
- Luahkan perasaan anda dengan menulisnya, mengadu kepada kawan atau membiarkan diri anda melalui apa yang anda rasa.
- Bertanggungjawab terhadap emosi-emosi anda sendiri. Walaupun anda berasa bersalah, anda mempunyai alasan-alasan sendiri terhadap emosi-emosi yang dialami. Terserah kepada anda untuk memutuskan bila masanya anda bersedia untuk berhenti daripada berasa marah atau tersinggung.
- Beritahu kepada orang berkenaan mengenai kelakuannya yang telah menyinggung perasaan anda. Anehnya ialah anda tidak akan berasa benar-benar bersedia untuk memaafkannya sehinggalah anda tahu yang orang berkenaan telah mendengar dan memahami apa yang anda luahkan.
- Cuba memahami pandangan orang lain, walaupun anda tidak benar-benar bersetuju dengannya.
- Bina semula kepercayaan dalam perhubungan. Kenalpasi mengenai sikap atau perlakuan yang boleh diterima pada masa akan datang, apabila tiba masanya.
- Buat keputusan untuk memaafkan, dan ucapkan kemaafan anda kepada orang berkenaan. Apabila anda telah melakukannya, berusahalah untuk meneruskan perhubungan dan melupakan sama sekali perkara tersebut.
- Anda boleh memaafkan seseorang tanpa membiarkan dia terus berkelakuan begitu; memaafkan bukan bermakna bersetuju.
- Elakkan sikap mempertahankan diri. Lepaskan perasaan anda dahulu semasa orang yang bersalah itu tiada di hadapan anda - ini akan membantu interaksi menjadi lebih produktif.
- Tunggu sehingga anda benar-benar bersedia untuk memaafkan. Hormati perasaan anda dan ambil masa selama mana yang anda perlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan