PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Khamis, April 12, 2012

selintas INFO

Jika seorang kanak-kanak....

1. Jika seorang kanak-kanak sentiasa dikecam, dia akan menjadi seorang yang suka mengacau.
2. Jika seorang kanak-kanak sentiasa diseterui, dia akan menjadi seorang yang suka berkelahi.
3. Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi malu, dia akan menjadi seorang yang sentiasa rasa bersalah.
4. Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi peluang, dia akan menjadi seorang yang penyabar.
5. Jika seorang kanak-kanak sentiasa menerima galakan, dia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan.
6. Jika seorang kanak-kanak ditaburi dengan pujian yang ikhlas, dia akan menjadi seorang yang tahu menghargai.
7. Jika seorang kanak-kanak sentiasa dilayan dengan saksama, dia akan menjadi seorang yang bersikap adil.
8. Jika seorang kanak-kanak sentiasa mendapat perlindungan, dia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri.
9. Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi pengiktirafan, dia akan menjadi seorang yang menyukai dirinya dan orang lain.
10. Jika seorang kanak-kanak sentiasa didampingi dan diterima, dia akan menjadikan dunia ini tempat yang paling selesa, tenang dan bahagia.




(DR MOHD FADHILAH KAMSAH)

Tiada ulasan: