PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Ahad, April 01, 2012

dengan Keputusan SPM Anda Tak tahu kemana?

Keputusan SPM 2012 telah pun di umumkan. Kisah suka duka dan susah senang serta debaran telah terjawab. sebagaimana usaha yang di laksanakan sebegitulah yang anda dapat. Selayaknya anda memiliki keputusan yang sedemikian.. Namun masih ada yang tidak puas hati dan keliru kemanakah atau apakah langkah seterusnya yang boleh dilakukan.. Dimana harus ku tuju IPTA / IPTS / Kolej Swasta? Institut Berasas Kemahiran atau pekerjaan.

Sebenarnya sebaik atau seburuk manapun keputusan anda, anda masih layak untuk meneruskan pengajian anda dimana-manapun selagi anda mahu dan mampu. Perbelanjaan bukanlah alasan kerana sekarang telah banyak bantuan dan pinjaman pelajaran yang boleh memandu kepada kerjaya yang lebih baik. Jangan sangka orang yang berkeputusan baik itu akan layak terus menaiki tangga hingga ke ijazah. Tetapi semuanya adalah bergantung kepada ketekunan dan semangat juang masing-masing. 

Era dunia sekarang sememangnya pendidikan menentukan tahap pendapatan namun bukanlah bererti semuanya bergantung kepada sijil semata-mata.. Dunia sekarang telah semakin meminta tenaga mahir yang kelayakan bukan sahaja sijil namun kemahiran dan pengalaman. Malah ianya menjanjikan pendapatan yang tidak disangka-sangka. Oleh itu ketahuilah kemana arah tuju anda sekarang dan ubah sikap menjadi yang terbaik demi untuk masa depan anda. 

Berikut diberikan pautan alamat laman yang membolehkan anda mengetahui dimana anda sepatutnya dan layak memohon berdasarkan keputusan SPM anda. Layannnn  http://imascu.upu.mohe.gov.my/  selebihnya berdoalah.

SENYUM SUMBING 4


Sabtu, Januari 28, 2012

Tahun Baru Wajah Baru

Kaunselor sangat gembira terutama apabila muncul di tahun baru dengan lebih banyak perancangan dan target yang lebih mesra Klien. 2012 membuka satu lembaran terbaik buat UBK sendiri, satu demi satu perancangan diatur dan bakal dilaksana seperti ; pembelian Vest untuk PRS SMKKB, Pelancaran Program ponteng, Orientasi ting 1 dan 4 serta Modul Guru Penyayang semuanya di bulan Januari.. Kaunselor juga bekesempatan mengikuti Seminar peringkat kebangsaan sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara pada 13 hingga 16 januari yang lalu.