PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMEMANGYA MAMPU MENGUBAH DIRI DAN MASA DEPAN ANDA. GERBANG ILMU YANG PADAT DENGAN INFO TERKINI, BERKHIDMAT TANPA BALASAN DAN IKHLAS MEMBANTU TANPA RAGU, BERTUNJANGKAN ETIKA KERAHSIAAN SEIRING DENGAN KESUSILAAN YANG LUHUR


Rabu, Mac 23, 2011

bagaimana memaafkan orang lain

Memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku akan melapangkan dan meringankan bebanan anda. Menyimpan dendam boleh mengakibatkan tekanan dan beban yang berat untuk ditanggung.
Langkah-langkah:
  1. Ingat kembali apa yang telah berlaku.
  2. Mengakui semua perasaan yang anda alami. Selalunya di sebalik rasa terluka atau sedih terdapat perasaan marah.
  3. Luahkan perasaan anda dengan menulisnya, mengadu kepada kawan atau membiarkan diri anda melalui apa yang anda rasa.
  4. Bertanggungjawab terhadap emosi-emosi anda sendiri. Walaupun anda berasa bersalah, anda mempunyai alasan-alasan sendiri terhadap emosi-emosi yang dialami. Terserah kepada anda untuk memutuskan bila masanya anda bersedia untuk berhenti daripada berasa marah atau tersinggung.
  5. Beritahu kepada orang berkenaan mengenai kelakuannya yang telah menyinggung perasaan anda. Anehnya ialah anda tidak akan berasa benar-benar bersedia untuk memaafkannya sehinggalah anda tahu yang orang berkenaan telah mendengar dan memahami apa yang anda luahkan.
  6. Cuba memahami pandangan orang lain, walaupun anda tidak benar-benar bersetuju dengannya.
  7. Bina semula kepercayaan dalam perhubungan. Kenalpasi mengenai sikap atau perlakuan yang boleh diterima pada masa akan datang, apabila tiba masanya.
  8. Buat keputusan untuk memaafkan, dan ucapkan kemaafan anda kepada orang berkenaan. Apabila anda telah melakukannya, berusahalah untuk meneruskan perhubungan dan melupakan sama sekali perkara tersebut.
Petua-petua:
  • Anda boleh memaafkan seseorang tanpa membiarkan dia terus berkelakuan begitu; memaafkan bukan bermakna bersetuju.
  • Elakkan sikap mempertahankan diri. Lepaskan perasaan anda dahulu semasa orang yang bersalah itu tiada di hadapan anda - ini akan membantu interaksi menjadi lebih produktif.
  • Tunggu sehingga anda benar-benar bersedia untuk memaafkan. Hormati perasaan anda dan ambil masa selama mana yang anda perlukan.

Selasa, Mac 22, 2011

bagaimana memohon satu kemaafan

Memohon kemaafan merupakan sesuatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, namun ia akan menjadi lebih mudah dengan latihan dan disertai dengan pemberian hadiah.
Langkah-langkah:
  1. Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.
  2. Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.
  3. Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya.
  4. Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
  5. Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
  6. Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia.
  7. Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.
  8. Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.
  9. Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.
Panduan-panduan:
  • Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
  • Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.
  • Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.

Jumaat, Januari 21, 2011

Hala tuju Kerjaya selepas SPM

Sebagai pembuka tirai pelajar SPM
akan diadakan seminar hala tuju kerjaya selepas SPM
anda perlu dipandu kemana hala tuju anda selepas ini.
kami ada segala maklumat tersebut namun setakat ini belum ada yang hadir
menerjahkan diri di UBK semata-mata mahu tahu tentang Kerjaya.
untuk itu sebagai langkah yang tidak diundang satu seminar
akan dilaksanakan berperingkat-peringkat mengikut kelas masing-masing.
namun kerjasama anda diperlukan kerana demi masa depan dan hala tuju anda sendiri.
bersama-sama meramaikannya......

Jumaat, Julai 02, 2010

perkhidmatan Tanpa BATASAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKKB menggunakan satu tag-line PERKHIDMATAN TANPA BATASAN, ia lebih mebwa makna mendalam dan penerimaan tanpa syarat terhadap apa jua masalah yang datang. Komitmen 4 orang kaunselor sedia memberikan perkhidmatan terbaik demi mencapai sasaran kami 100% pelajar menerima perkhidmatan. Berteraskan teknik kaunseling, unit ini tidak hanya terikat dengan satu-satu jenis pekhidmatan malah ia meliputi bimbingan terhadap kerjaya, kemahiran, sahsiah dan sebagainya. oleh itu sebagai pelajar khususnya dari SMKKB sendiri amat dialu-alukan untuk mendapatkan bantuan anda dari unit kami. Kerana kami akan memberi perkhidmatan tanpa batasan.